Khamis, 24 Julai 2014

Tentang Perasaan Ini..

"setiap kali kita bertentangan.. hati ku terasa sebak.. bagai angin meniup dengan kencang.. tak ingin ku luahkan kata-kata kesat.. kerana perasaan ini ingin menjaga perasaan mu.. walau sakit hati terluka.. walau pedih menahan dalamnya parut tercipta.. akan ku pertahankan perasaan ku.. demi untuk menjaga perasaan mu.. benar aku membiarkan hati mu sunyi ditelan masa.. namun tidak ku sia-siakan masa yang akan datang dan berlalu.."

'di manakah diri mu di saat aku sangat memerlukan mu?' - "diri ku selalu disamping mu.. walau tiada jasad ku.. namun bayang ku selalu ada untuk mu.. benar bayang tak mencukupi.. tapi cukup sekadar menjadi pengubat rindu.. bukan aku sengaja menjauh.. kerna diri mu teramat penting dalam hidup ku.."

'kau tak risaukan diri ku' - "mana mungkin aku tak risaukan diri mu.. imbas kembali kenangan yang lalu.. adakah diri ku sengaja membohongi hati ku.. TAK.. aku cukup risau.. walau satu jam tak mendengar khabar dari mu.. hati ku tetap risau.. fikiran ku tetap terbayangkan diri mu.. hati ku tertanya selalu.. ingin mendengar ketawa dan menatap senyum indah mu.. apakan daya.. setiap perasaan ini tersembunyi.. aku sengaja mendiamkan diri.. demi menjaga perasaan mu.."

semua tetap kesalahan ku.. aku mengaku.. walau apa pun alasan ku hadapkan.. setiap satunya tetap kesalahan diri ku.. jadi aku memilih untuk menyerah.. agar perasaan ini dapat menjaga perasaan diri mu.. kerna ku tak suka mementingkan diri demi menjaga perasaan ku.. 

Sabtu, 26 April 2014

Aku sayang Dia

bila hati dah sayang, perasaan cemburu mula membara.. adakah ini namanya cinta?