Isnin, 14 Oktober 2013

Dalam sejuta kawan ikut ketawa.. tak semua yang akan ikut bersedih..


#repost dari facebook.. hanya sekadar renungan bersama.. jangan kita sangka kawan yang kasar dengan kita itu jahat.. berkemungkinan kawan kita itu ada niat kebaikan.. antaranya berkasar untuk menegur.. berkasar untuk menasihati dan berkasar kerana terpaksa.. mungkin juga sebab2 dia berkasar kerana dia sayangkan kita..

satu pengalaman pahit buat aku.. apabila menyangka kawan yang menegur dengan kasar itu kurang sopan.. ku menghina dia tanpa memikirkan perasaannya.. malah aku terpesong dengan kawan yang menegur dengan cara sopan.. tapi malang.. kawan yang menegur dengan cara sopan ini jugalah yang telah mengkhianati diriku.. ketika itu.. datanglah kawan yang menegur dengan kasar.. menghulurkan tangan supaya ku tetap berada di atas.. alangkah malunya diriku..

pengajaran, berhati-hati dalam bergaul sesama teman seperjuangan dan sahabat-sahabat.. biar kita duka binasa di awal pagi.. jangan pula kita menyesal di kemudian hari..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan